Salamun qaulam mirrabir rahim dibaca berapa kali

Salamun qaulam mirrabir rahim dibaca berapa kali

yasin ayat 58

PortalMadura.Com
– Setiap surah dalam Al-Qur’an memiliki keutamaan masing-masing, salah satunya yaitu surah Yasin. Surah Yasin banyak menjelasakan akidah dan keimanan seoarang muslim. Dan tahukah Anda bahwa siapa saja yang senantiasa membaca Surah Yasin sepenuhnya pada ayat ke-58 yaitu yang berbunyi ‘SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM’ dan diulang sebanyak 7 kali untuk 7 kemauan baik, insya Allah dengan izin yang Maha Esa dan Maha Kuasa, semua hajat kita akan dikabulkan.

Bila bisa niatkan seperti ini : YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku. YA-ALLAH YA-RAHMAN, karuniakan saya, isteri/suami, dan anak-anak yang soleh dan suka pada islam. YA-ALLAH YA-RAZZAK, karuniakan saya rezeki yang berkat, kerja yang baik dan berjaya di dunia dan akhirat. YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan hajat pengantar maklumat yang saya dapat ini. YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan saya dari ciri-ciri khianat dan munafiq dan miskin. YA-ALLAH YA-WADUUD, karuniakan saya dan semua umat Muhammad yang beriman kesehatan lahir batin.

YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semuanya hajatku, dan ridaikanlah saya. Amin ya robbal alamin

Mudah-mudahan apa yang semua telah menjadi doa dan hajat kita dapat selekasnya dikabulkan Allah, dan selekasnya dapat panggilan Allah untuk berkunjung dan menunaikan ibadah haji ke Makkah.

Marilah kita berdoa dan bermunajat pada Allah, semoga Allah mengampuni kita, dan menghapuskan kita dari semua dosa yang sudah lalu.


Ikuti Berita Kami Lainya di Google Berita

Kita sering mengikuti majlis bacaan yaasin samada di masjid atau surau. Ia sangat berbeza jika dibandingkan dengan sewaktu kita membaca sendiri di rumah kerana ada ayat yang dibaca berulang kali sedangkan di rumah kita hanya baca sekali. Mungkin disebabkan kita sendiri tidak mengetahui tentang rahsia ayat 58 dalam surah yaasin.

Kepada sesiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah tersebut diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat yang baik.

Insyaa-Allah dengan izinnya Yang Maha Esa dan Maha Kuasa, semua atau sebahagian hajat kita akan dikabulkan.

Baca dan bunyinya begini:

سَلَـٰمٌ۬ قَوۡلاً۬ مِّن رَّبٍّ۬ رَّحِيمٍ۬
‘SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM’

Rahsia Surah Yaasin Membaca Suarah Yaasin

Anda bolehlah niatkan seperti berikut:

1. YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku, dosa saudara-maraku dan dosa kaum muslimin yang lain.

BACA:
7 Fadhilat Mengamalkan Surah Al Kausar! Subhanallah

2. YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan kepadaku isteri atau suami serta anak-anak yang soleh / solehah dan mencintai agamaMu Ya Allah.

3. YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan kepadaku rezeki yang berkat, pekerjaan yang baik serta kejayaan didunia dan akhirat.

4. YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan segala hajatku dan juga pemberi maklumat yang aku perlehi ini.

5. YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat hasad dengki, khianat dan munafiq.

6. YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat islam yang beriman dengan kesihatan zahir dan batin.

7. YA-ALLAH YA-ZALJALAA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, dan redhaikanlah aku.

Artikel Lain: Kelebihan Membaca Surah 3 Qul Sebelum Tidur

Rahsia Surah Yaasin ayat 58 Surah Yaasin booeh dibaca beramai-ramai atau sendirian

Aamiin Ya Allah.

Sampaikan ilmu atau pengetahuan dakwah ini kepada keluarga, saudara mara, sahabat anda dan sesiapa sahaja seramai yang boleh dengan apa cara sekalipun. Zaman serba moden ini, kita mampu menyampaikan apa yang kita tahu hanya melalui hujung jari kita.

BACA:
Elakkan Makan Kacang Soya Ketika Mengandung. Ini Sebabnya

Allahumma Ya ALLAH, tanamkan di hati kami perasaan senantiasa rindu kepada-Mu, sentiasa ingatkan kami tentang dahsyatnya hari akhirat-Mu agar hambaMu tidak tertipu dengan nikmat dunia yang sementara ini.

Ya ALLAH, Ya Tuhan kami, Penguasa hati kami, tetapkanlah hati kami dalam taqwa dan istiqomah supaya tetap berada dijalan-Mu hingga ke akhir hayat kami. Aamiin Ya Rabbal’alamin.

Ya Allah, Ampunilah dosa-dosa kami, berkatilah kami, rahmatilah kami dan berikanlah kami hidayah-Mu supaya kami sentiasa dekat kepada-Mu hingga ke akhir hayat.

Aamiin Ya Rabbal A’alamin.

Minat menulis artikel? Inilah peluang untuk anda. Hantar artikel anda di sini: www.islamituindah.info/hantar-artikel

BERTUAHPOS.COM (BPC), PEKANBARU –
Salah satu ayat dalam Al Quran yang terdapat di dalam Surah Yasin, tepatnya ayat ke 58 sering kali dibaca berulang-ulang. Tahukah kalian apa sebenarnya makna dari ayat tersebut?.

Khatib Jumat dalam kotbahnya di Masjid Agung Ar Rahman yang terdapat di Jalan Jenderal Sudirman Kota Pekanbaru, Jumat (9/2/2018) menjelaskan rahasia di balik ayat tersebut.Â

Ayat yang berbunyi : “Salaamun Qaulam-Mir-Rabbir-Rahiim” sering kali membuat orang menangis saat membacanya.Â

Yang artinya adalah : “(Kepada mereka dikatakan) “Salam”, sebagai ucapan selamat dari Tuhan yang maha penyayang”.Â

“Kenapa orang menangis saat membacanya? Kenapa orang susah untuk berpindah kepada ayat lain hingga membacanya sampai 3 atau 7 kali?,” kata Khatib.

Khatib mengatakan bahwa makna dari ayat tersebut adalah informasi, bahwa Allah SWT akan menyampaikan salam kepada para ahli surga.Â

“Surah ini merupakan informasi bahwa nantinya setelah terkumpul ahli surga, Allah SWT akan hadir. Ketika itu Allah ucapkan selamat. Allah ucapkan salam kepada para ahli surga,” Jelas Khatib.Â

Dan saat itu kata Khatib, Allah SWT akan membuka hijab dan memperlihatkan wajahNya kepada seluruh penghuni surga.Â

“Ketika wajahNya terlihat, terlupakan lah semua 99
kenikmatan di luar zatNya. Hilang karena manusia terfokus pada kenimakmatan dari zat Allah SWT saat melihatnya,” ujar Khatib.

Dan hal itu dijanjikan Allah SWT sebelum manusia lahir ke dunia.
(bpc11)

Lazimnya bagi masyarakat Melayu, setiap kali malam Jumaat akan membaca surah Yasin terutama selepas solat maghrib.

Namun begitu seringkali juga, apabila tiba pada ayat 58 yang bermaksud “Mereka juga beroleh ucapan salam sejahtera dari Tuhan yang Maha Mengasihani” ayat itu sering diulang bacaannya sebanyak 3 kali atau lebih dengan bilangan ganjil. Apabila ditanya kepada orang yang membacanya berulang kali, mereka pun tidak tahu sebabnya.

Kebanyakannya membaca kerana mengikut orang lain membaca demikian atau kerana diajarkan oleh ibu bapa untuk membacanya berulang kali. Malah ada juga yang berpandangan pada ayat tersebut ketika diulang, perlu diselang selikan dengan doa atau disebutkan hajatnya dengan harapan Allah akan memakbulkan permintaan mereka kerana beranggapan bahawa Allah memberi salam sejahtera kepada manusia.

Sebenarnya anggapan mereka silap kerana maksud ayat itu adalah kata-kata Allah yang memberi salam sejahtera kepada penduduk syurga. Ulama tafsir mentafsirkan ketika penghuni syurga sedang sibuk dengan kenikmatan syurga, maka Allah lalu di atas mereka dan memberikan Salam sejahtera.

Lalu penghuni syurga mendongak dan melihat dengan mata kepala sendiri keadaan Allah. Salam yang diberikan Allah itu bukan untuk merendahkan Allah tetapi sebagai memuliakan penduduk syurga. Itu adalah salah satu nikmat yang paling besar. Selain nikmat seperti yang disebut di dalam hadis dari Usamah bin Zaid, bersabda Rasulullah s.a.w.

“Siapa di antara kalian yang berkemas hendak masuk ke syurga? Sesungguhnya syurga tidaklah dapat digambarkan bagaimana indahnya.

Demi Tuhan yang empunya Kaa’bah! Seluruhnya adalah Nur yang gilang-gemilang, bunga yang selalu wangi, gedung bertingkat, sungai mengalir, hasil bumi yang subur, isteri yang cantik jelita, perhiasan yang banyak dan tempat kediaman yang abadi dalam negeri yang damai, buah-buahan yang segar, dan berbagai-bagai kebaikan serta kenikmatan di tempat yang tinggi dan mulia.

Adakah keinginan kamu untuk ke sana?” Mereka menjawab, “Memang benar Ya Rasulullah kami semua berkemas mahu ke sana.” Lalu Rasulullah bersabda, “Katakanlah Insya Allah” Maka mereka pun menjawab, “InsyaAllah.” – HR Ibn Majah.

Hakikatnya nikmat yang paling besar, adalah Allah memberikan salam sejahtera kepada penghuni syurga. Sebabnya kita tidak pernah rasa dan nampak keadaan Allah walaupun kita tahu akan kewujudan Allah.

Maka pada hari akhirat nanti penghuni syurga diberi peluang untuk melihat Allah dan Allah menyampaikan sendiri salamnya. Bayangkanlah Allah yang Maha Perkasa dan Maha segala-galanya memberi salam kepada kita hamba-Nya yang kerdil ini, tentulah salam itu lebih berharga daripada nikmat lain yang ada di syurga.

Tiada dalil menyatakan hajat termakbul dengan mengulang surah Yasin ayat 58

Di dalam soal salam ini, memang ia adalah satu perkara yang istimewa kedudukannya hatta di dunia ini lagi. Orang yang memberi salam hukumnya sunat dan ia mendapat pahala sunat. Namun orang yang menerima salam hukumnya wajib menjawab dan dapat pahala wajib jika dijawab dengan sempurna.

Inilah satu perbuatan yang memberi dapat pahala sedikit tetapi yang menerima atau menjawab dapat banyak pahala. Ia amat berlainan dengan hal-hal lain termasuk sedekah iaitu yang memberi dapat pahala lebih berbanding yang menerima.

Kisahnya, ayat itu Allah yang memberi salam sejahtera kepada penghuni syurga dan bukannya kepada kita penduduk bumi. Itulah nikmat yang terbesar. Jadi tidak perlulah diulang baca berkali-kali apabila tiba pada ayat 58, “…Salam sejahtera…” kerana ucapan tersebut bukanlah untuk manusia di dunia melainkan di syurga.

Apatah lagi meletakkan kepercayaan bahawa dengan mengulanginya sebanyak 3 kali atau lebih maka Allah akan makbulkan doanya, sedangkan tiada dalil yang khusus menyuruh kepada perbuatan tersebut. Jika mahu doa atau permintaannya dimakbulkan Allah, tidak susah pun, bangunlah di sepertiga malam dan sujudlah kepada Tuhanmu. Insya Allah doanya pasti didengari Allah dan para malaikat pun mengaminkannya. Wallahu a’lam.

________________________________

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Salamun qaulam mirrabir rahim dibaca berapa kali

Posted by: pskji.org